1. ROTI (KHUBZ)
Roti yang paling bagus ialah diperbuat daripada gandum yang baik dimasak dalam pembakar roti yang bulat. Roti itu dibiarkan sejuk sebelum dimakan,jika tidak kita akan merasa haus bila memakannya. Roti yang sudah lama dan tidak elok akan menyebukan perut.Roti yang terdapat sekam gandum mudah dicernakan.Nabi s.a.w. pernah bersabda 'jangan potong roti dengan pisau. Hormatilah roti itu dengan memotong menggunakan tanganmu kerana Allah menghormati roti itu'
2. MENTEGA(ZUBDAH)
Mentega khasiatnya memanas dan melembabkan. Baik untuk menghilangkan sembelit.Mentega yang dicampurkan dengan kurma dan madu sejenis makanan yang menghilangkan rasa mengidam pada perempuan hamil.
3. MIYAK SAPI (SAMN
mMinyak sapi mengandungi banyak lemak.Ia dianggap sebagai penawar racun.Campurkan dengan manisan lalu dimakan dan dipercayai ubat pada makanan.
4. TAMAR KERING (TAMR)
NAbi s.a.w pernh bersabda, 'Rumah yang tiada tamar atau kurma adalah rumahyang tiada bermakanan'Nabi s.a.w sendiri pernah menanam kurma atau tamar.Kurma hendaklah dimakan dengan badam untuk menghapuskan parut yang tidak diingini.
5. AYAM(DAJAJ).
Memudahkan penghadaman, membetulkan imbangan badan,baik untuk otak dan badan,serta mencantikkan rupa paras.Walaubagaimanapun jika dimakan terlalu banyak boleh menyebabkan penyakit sendi dan yang terbaik ialah daging ayam betina yang tidak bertelur
6. TELUR(BAYDAH).
Khasiat telur yang paling baik boleh kita dapati daripada telur ayam (setengah masak )bukan direbus keras.Putih telur melegakan apabila kita melecur atau kulit terbakar dan menghilangkan parut pada kulit.
7. EPAL(TUFFAH)
Epal yang masam lebih sejuk drpada yang manis.Ia boleh menguatkan organ hati.
8. PISANG(MAWZ)
Boleh menyejukkan badan dan ia boleh dimakan dengan madu lebah.
9-BARLI(SYA'IR)
Berkhasiat sebagai penyejuk badan.Rasulullah s.a.w pernah memberi sup barli kepada orang yang menghidap demam.
10-LOBAKMERAH
Kegunaanya memanaskan badan.Ia melancarkan aliran haid dan air kencing .
11-BUNGAKUBIS
Sayuran ini sukar dihadam dan bahaya untuk perlihatan .
12-SELASIH(MANISRAYHAN)
Selasih berkhasiat untuk menguatkan organ hati,memudahkan tidur dengan cara menyapu kepala dengan basil yang dicampurkan air.
13-ASPARAGUS
Asparagus berkhasiat bagi membuka sekatan pada buah pinggang dan memudahkan kelahiran anak.
14-BIJIKOPI(QUHWAH)
Sebagai ubat penyakit buang air besar berdarah .Menghilangkan dahaga dan dikatakan menimbulkan kebijaksanaa.
15-TIMUN
Timun yang masak menghilangkan panas dan menggalakan pembuangan air kecil.Makan kurma dengan timun muda menambahkan berat badan
16-LIMAU KULIT TEBAL,WARNA KUNING PUCAT,KURANG MENGANDUNGI ASID
Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda"limau ini adalah seperti mukmin.Bagus dirasa dan dihidu.Limau ini menguatkan organ hati serta dapat menjauhkan kesedihan dan bintik2 pada kulit,menghapuskan kelaparan &melambatkan pengaliran dalam hempedu.
17-DAGING(LAHM)
Daging mengandungi banyak khasiat.Dikatakan bahawa orang yang memakan daging selama 40 hari berturut2 tidak akan mendatangkan kebaikan. Orang yang tidak memakan daigng selama 40 hari berturut2 juga tidak akan mendatangkan kebaikan.Dengan kata lain makanlah daging secara sederhana.Daging yg paling baik ialah daging kambing jantan yang berumur 1 hingga2 tahun.Ia bersifat panas dan lembab.