Kenangan lalu mengimbau kembali.

Monday 27 June 2011
Teringat kembali bait2 kejadian yg menimpa diri ini. Cerita yang masih segar dalam ingatan... yg mana diri ini mengalami kepatahan di bahagian kaki ( tibia, ulnar) hingga menyebabkn pembedahan terpaksa dilakukan bg mengembalikan kefungsianku.."besi" terpaksa dimasukkan..itulah yang dicadangkan pengamal perubatan yang bakal menjalankan pembedahan...YA ALLAH!! besarnya ujian terhadap hambamu ini.. tp syukur Alahamdullilah.. ku gagahi ujian kesakitan dengan hati yg redho dengan mengharapkan kasih sayangMU..Ingatlah bahawasanya manusia yg tidak pernah di uji, maka tidak akan merasa sedikitpun  kenikmatan cintaNYA.... .  Syukran -syukran jazilan kepada semua yang telah bersama-sama menanggung dan merasai detik suka dan duka terutama buat suami yang ku cintai ..  tidak lupa juga kesaabaran  anak2ku ..long,angah n adik2 .Lontaran kata2 ini terpahat diminda anak2.."InsyaAllah kami mengerti, wahai umieee".. buat adik-adik kesayanganku .. tiada nilaian yang dapat ku olahkan.. hanya Allah yang mampu membalas jasa baik kalian.. (^_^)  ..fastabiqul khaira'..oh!! tak ketinggalan juga, buat jiran-jiran yang banyak  membantu  dan memberikan kata2 semangat buatku..n tidak lupa juga buat anak2 sdare yg sanggup bercengkam mata menemani dan bertukar syif siang dan malam bg menjaga dan memberikan pertolongan.. tapi maafkan ibu saudaramu ini.. dikala dikau..duhai anak sedareku di timpa kemalangan yang tragik.. diriku tidak mampu utk sentiasa berdamping denganmu..lantaran tanggungjawabku terhadap rumah tanggaku sendiri..maafkan ibu saudaramu ini.... InsyaAllah ..harap2 dirimu mergerti..(^_^)...  YA ALLAH!! Ampunilah dosaku,dan dosa kedua orang tuaku,sebagaimana mereka menyayangi ku  semasa kecil.. Alahamdullilah dengan izin Mu jua.. diriku pulih,sihat dan semangat yang hilang kembali pulih..meskipun tidak sesempurna dulu tapi tetap ku bersyukur kepadaMU kerana masih sudi mengizinkan hambaMU yang hina ini berjalan kembali diatas muka bumi ini..ALHAMDULILLAH.. (~_~) 

Hikmah Disebalik Ujian Allah

Tuesday 21 June 2011
Setiap manusia yang Allah cipta sentiasa akan diberi musibah,ujian atau masalah hidup didunia yang sementara ini.Tipu jika seseorang itu berkata yang dia tidak pernah ditimpa musibah. Setiap
orang ada masalahnya tersendiri,Allah uji dengan berbagai-bagai ujian tetapi sebabnya adalah sama. Allah menguji seseorang itu kerana Allah swt mempunyai rahsianya tersendiri,sama ada Allah hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita. Dan kerana sesuatu ujian itulah yang membuka mata hati kita,yang mendidik kita supaya jangan mudah putus asa dalam kehidupan yang bagaikan bahtera dilautan yang penuh dengan onak duri,ujian juga dapat mematangkan kita.

Kadang-kadang kita tertanya-tanya, mempersoalkan kepada Allah swt kenapa kita diberi ujian yang berat sebegitu sekali sehingga kita terlupa pada siapa yang perlu kita mengadu segala masalah kita, pada siapa kita harus minta kembali kekuatan kita. Astagfirullah, lemahnya dan rendahnya iman kita. Tidak redha dalam menghadapi ujian yang Allah beri terhadap kita. Jika kita anggap diri kita ditimpa musibah yang besar kita hendaklah ingat bukan kita sahaja yang mengalaminya,mungkin ada sahabat-sahabat kita @ saudara seakidah kita yang lain menghadapi musibah yang sama bahkan lebih teruk atau lebih besar dari kita.

Bukankah,Allah telah berkata dengan jelas di dalam Al-Quran yang Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya. Allah tahu kita kuat dalam menghadapi ujianNya jadi Allah berikan ujian itu ke atas diri kita. Di sini kita dapat lihat betapa sayang dan kasihnya Allah kepada kita sebagai hambaNya.
Allah menguji seseorang bukan kerana Allah benci kepada kita tetapi percayalah yang Allah sangat kasih kepada kita. Cuma kita sebagai hambaNya tidak pernah hendak bersabar dalam menghadapi ujianNya. Pasti Allah telah aturkan yang terbaik buat kita kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya.

Alihkan pandangan matamu ke arah LAUT, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan. Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsia di dalamnya. Begitu juga dengan kehidupan manusia, riang dan ketawa tetapi hanya Allah yang mengetahui rahsia kehidupannya. Jika rasa kecewa, alihkan pandanganmu ke arah SUNGAI, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya. Dan jika rasa sedih,alihkan pandanganmu ke arah LANGIT, sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu.

Jadi seharusnya apa yang perlu kita lakukan? berdoalah kepada Allah, Allah lah tempat kembali segala masalah yang sering membelenggu diri kita. Jangan malu untuk merayu-rayu, meminta-minta, memohon-mohon kepada Allah swt.Selalu diingatkan yang Allah tidak pernah jemu mendengar rintihan hambaNya, Allah itu Maha Mendengar.

Dekatkanlah diri kita dengan pencipta kita yang menguasai seluruh alam, yang memegang hati-hati kita. Disamping berdoa perlulah kita berusaha menyelesaikan masalah yang dihadapi. Mungkin ada yang rasa diri mereka tidak kuat hendak hadapinya tetapi cubalah bangun! Usah tewas dengan hasutan syaitan, cari kembali kekuatan kita kerana kekuatan itu ada dalam diri kita masing-masing. Yakin dengan diri, kuatkan azam dan cita-cita. Usah tonjolkan kelemahan kita pada syaitan kerana syaitan tidak pernah berhenti menghasut agar kita lemah-selemahnya.

Jika rasa tidak kuat, carilah sahabat-sahabat yang sentiasa memberi kata-kata semangat kepada kita dan bukan sahabat yang menjatuhkan kita. Itulah pentingnya sahabat kerana kita tidak mungkin bisa hidup berseorangan.

Kita perlu tahu selepas ujian itu selesai, satu lagi ujian akan datang, maka bersedialah dalam menghadapi ujian yang seterusnya. Untung bagi mereka yang selalu diberi ujian tanda Allah swt sayang padanya. Semoga kita sentiasa menjadi hambaNya yang sentiasa redha atas ujian dan ketentuan Allah swt. Apa yang ditetapkan untuk kita itulah yang terbaik!















014 Secret Garden - Song From A Secret Garden Mp3
Mp3-Codes.com